Thursday 14 March 2013

Resepi Roti Jala Mudah


 RESEPI ROTI JALA MUDAH

Pengenalan

Resepi Roti jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia. Di samping itu, roti jala juga telah dikenali di kalangan kaum-kaum lain seperti Orang Cina dan India. Roti Jala agak sesuai disediakan untuk hidangan sarapan atau minum petang dengan membuka selera orang ramai. Kadangkala roti jala akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

Resepi Roti jala adalah sejenis hidangan berbentuk jala dan dimakan bersama beberapa jenis kuah yang berbeza. Kuah yang lebih lazat digandingkan dengan roti jala dapat menarik perhatian orang ramai untuk merasai hidangan tersebut. Terdapat dua jenis kuah sangat digemari oleh orang ramai, iaitu kuah manis (dikenali di negeri-negeri pantai timur), dan kuah kari seperti kari ayam berkentang, gulai ayam atau daging (dikenali di negeri-negeri pantai barat). Selain kuah manis dan kari, kuah durian juga dapat menambahkan keenakan roti jala.

Makanan ini dinamakan sebagai roti jala adalah disebabkan bentuknya cantik dan sama seperti jala menangkap ikan. Bekas khas dengan beberapa lubang akan disediakan dan digunakan untuk menghasilkan roti jala yang dimasak di atas kuali leper. Bahan-bahan untuk membuat roti jala dan pelbagai jenis kuah dapat dibeli di mana-mana kedai.

Bahan-Bahan untuk Resepi Roti Jala
(5-6 orang)

300 gm tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air
Secubit atau sedikit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, manis atau durian)
Acuan roti jala

Bahan-Bahan untuk Kari

Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawah putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Minyak masak
Garam dan gula

Bahan-Bahan untuk Kuah Durian

Beberapa ulas durian (ikut citarasa, lagi banyak lagi sedap. Cukup sekadar ada bau dan rasa durian)
1 cawan santan kepekatan biasa.
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 sudu besar tepung jagung (untuk memekatkan kuah)
Sedikit garam
1 helai daun pandan

Cara-Cara (Resepi Roti Jala)

1) Di dalam bekas masukkan tepung gandum, telur, susu segar dan garam. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan air dan kacau lagi. Selepas itu masukkan pewarna kuning. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sehingga rata dan sekata dengan whisker.
2) Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis ataupun kisar untuk memastikan tiada bintilan dalam adunan tepung.
3) Masukkan bancuhan yang telah ditapis ke dalam bekas yang ada muncung supaya senang nak masukkan ke dalam acuan roti jala muncung tiga.
4) Pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Tambah sedikit tepung gandum jika cair. Tambah sedikit air Jika pekat. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
5) Panaskan kuali leper sebanyak 10 inci dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuari tersebut dengan berus lenser atau berus pandan.

6) Masak dengan api perlahan sehingga permukaan roti jala kering.
7) Kacau dan masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan pusingkan acuan dalam kuari dengan 360 darjah dari bahagian luar ke bahagian dalam.
8) Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
9) Ceduk adunan dan kirai ke dalam kuari menjadi seperti jala. Mula-mula buat jaluran melintang dan kemudian buat jaluran menegak.
10) Selepas masak sehingga keperangan, lipat roti jala sebanyak 2 kali dan angkat perlahan-lahan ke atas pinggan lalu dilipat/ digulung mengikut kesukaan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis digunakan.
11) Sesekali sapu sedikit minyak pada kuali semasa memasak untuk mengelakkan kekurangan minyak.

Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.


Cara-Cara (Kuah Kari)

1) Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus.
2) Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.Panaskan kuali leper sebanyak 10 inci dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuari tersebut.
3) Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan santan.
4) Masukkan isi (ikut citarasa masing-masing) dan biarkan sehingga masak.
5) Masak hingga agak pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Cara-Cara (Kuah Durian)

1) Ramas ulas durian untuk dapatkan isi durian.
2) Isi durian, bawang besar, bawang putih dan halia ditumbuk dan dicincang halus.
3) Tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.Panaskan kuali leper sebanyak 10 inci dengan api yang sederhana. Sapu sedikit minyak pada kuari tersebut.
4) Bancuhkan tepung jagung dengan sedikit air sejuk dan campurkan ke dalam kuah tersebut dan kacau perlahan.
5) Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan santan.


6) Masukkan isi durian dan biarkan sehingga masak.
7) Masak hingga agak pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Selepas  Resepi roti jala digandingkan dengan pelbagai jenis kuah telah siap dimasak, makanan ini akan dihidangkan dalam perayaan istimewa.